Quantcast
Channel: AYUE IDRIS
Viewing all articles
Browse latest Browse all 610

TEMA DAN TREND WARNA 2021 / 2022

$
0
0
Assalamualaikum. Bila dah nak dekat hujung tahun ni, mula lah Ayue dapat beberapa email bertanya kan tentang warna tema untuk tahun 2021. Ramai rupanya bakal pengantin yang jadikan blog Ayue ni sebagai rujukan untuk warna tema perkahwinan mereka. Alhamdulillah. Ayue faham sebab masa Ayue kahwin dulu pun warna tema adalah benda first sekali yang Ayue nak confirm kan. Bila dah confirm warna, baru boleh decide benda-benda lain ye tak?

Anda jangan risau ok sebab tahun ni Ayue tak sesibuk tahun lepas, lambat update sampai dah masuk new year pun kan? Jadi, tahun ni awal-awal lagi Ayue nak update TEMA DAN TREND WARNA 2021 / 2022 supaya anda semua tak pening lagi tentang warna tema untuk kenduri kahwin anda nanti. Lagipun raya tahun 2021 awal kan? Bulan May! Sekarang pun dah boleh start cari baju raya dah ni. Boleh jalan-jalan raya ke tak ke belakang cerita. Baju kena cari dulu. Haha.

TEMA DAN TREND WARNA 2021/2022

Ok, sebenarnya colour of the year 2021 belum lagi officially announce. Tapi ramai pakar-pakar yang mendapat hint yang trend warna 2021 adalah yang berkaitan dengan Aqua. Aduh, trending balik ye warna ni. Ayue seriously memamg suka sangat warna Aqua ni. Dia sekali pandang macam Tiffany Blue kan? Punya lah suka warna ni sampai Ayue buat jadi warna tema masa Ayue tunang dulu tau. Masa tu rasa macam cantik sangat dah diri ni. Hahaha. 


Oh ye, masa Ayue tunang dulu memang banyak yang Ayue DIY sendiri termasuk lah mini pelamin, hantaran, baju tunang, doorgift, dan thank you tag. Gigih kan. Hampir semua nya Ayue DIY sendiri. Makanan masa tunang tu pun rewang je. Dasyat betul. Bawah ni Ayue senaraikan blogpost yang Ayue sempat update tentang majlis pertunangan Ayue dulu. Tak tahu lah masih relevan atau tidak, tapi boleh lah kalau anda nak jenguk-jenguk buat ilham. 

Walaupun colour of the year 2021 masih belum officially announce, sengaja Ayue tulis awal supaya anda dapat tengok warna-warna yang trending juga untuk tahun 2021. Untuk colour of the year 2021 pula biasanya akan keluar pada bulan December. Jadi once keluar saja warna 2021. Ayue akan terus update sini ye? Ok dah, jom Ayue share TOP 10 COLOR 2021 yang disenaraikan oleh Pantone.

TEMA DAN TREND WARNA 2021/2022



1) PANTONE 14-1050 Marigold

Warna Marigold ni sangat fresh. Selalunya wedding sebegini akan kelihatan chick dan penuh semangat. Warna Marigold biasanya digandingkan dengan warna kehijauan dan juga kelabu.

TEMA DAN TREND WARNA 2021/2022

TEMA DAN TREND WARNA 2021/2022


2) PANTONE 15-4020 Cerulean

Warna Cerulean ni seakan-akan warna serinity yang pernah menjadi warna of the year 2016. Biru lembut yang membuatkan sejuk mata memandang. Warna ni sangat cantik digandingkan dengan soft pink. Jika anda sukakan warna ini untuk menjadi warna pilihan tema pekahwinan anda, boleh lihat contoh wedding Anzalna Nasir. Wedding of the year 2016!


TEMA DAN TREND WARNA 2021/2022

TEMA DAN TREND WARNA 2021/2022


3) PANTONE 18-1248 Rust

Warna Rust ni sebenarnya agak jarang digunakan untuk perkahwinan di Malaysia. Mungkin sebab warna nya yang agak kusam dan sukar didapati. Tapi, jika anda pandai gayakan warna Rust ini, perkahwinan anda pastikan akan menjadi one of a kind! Warna Rust sering digandingkan bersama warna hijau untuk memberikan kesan bohemian.

TEMA DAN TREND WARNA 2021/2022

TEMA DAN TREND WARNA 2021/2022


4) PANTONE 13-0647 Illuminating

Satu lagi warna yang out-standing. Warna Illuminating ini sangat ceria untuk memeriahkan perkahwinan anda. Sesuai digandingkan dengan warna kelabu.

TEMA DAN TREND WARNA 2021/2022

TEMA DAN TREND WARNA 2021/2022


5) PANTONE 18-4140 French Blue

Berbeza dengan warna Cerulean tadi. Warna French Blue lebih bold dan classy. Seakan-akan warna Royal Blue.

TEMA DAN TREND WARNA 2021/2022

TEMA DAN TREND WARNA 2021/2022


6) PANTONE 13-0117 Green Ash

Ayue suka sangat warna Green Ash ni! Seakan-akan warna mint pastel, which is warna yang agak popular di Malaysai. Warna pastel yang menjadi kesukaan ramai tanpa mengira umur. Betul tak? 

TEMA DAN TREND WARNA 2021/2022

TEMA DAN TREND WARNA 2021/2022


7) PANTONE 16-1529 Burnt Coral

Gabungan warna pink dan oren ni sangat sesuai digandingkan dengan warna Mint pastel tadi atau kelabu. Cantik!

TEMA DAN TREND WARNA 2021/2022

TEMA DAN TREND WARNA 2021/2022


8) PANTONE 16-5938 Mint

Warna Mint yang ini lebih bold berbanding yang tadi. Macam warna kain sekolah agama. Hehe. Tapi kalau kena dengan caranya, warna ini juga ada kecantikannya yang tersendiri tau.

TEMA DAN TREND WARNA 2021/2022

TEMA DAN TREND WARNA 2021/2022


9) PANTONE 17-3628 Amethyst Orchid

Peminat purple confirm suka warna ni. Macam dusty purple sikit, tapi light. Cantik dengan keunikan nya yang tersendiri.

TEMA DAN TREND WARNA 2021/2022

TEMA DAN TREND WARNA 2021/2022


10) PANTONE 18-2043 Raspberry Sorbet

Raspberry Sorbet ni warnanya sangat bold ye. Pink bold! Pink terang. Bukan semua orang boleh pull off warna ni. Salah gaya akan nampak pelik. Tapi kalau kena gaya, tersangat lah cantik!

TEMA DAN TREND WARNA 2021/2022

TEMA DAN TREND WARNA 2021/2022


Cantik kan warna-warna Top 10 of the year 2021 / 2022? Yang mana satu menjadi warna pilihan anda? Dah boleh mula cari baju raya dah ni. Warna baju wedding untuk next year pun dah boleh cari siap-siap dah. Ayue doakan pasangan yang nakdirikan rumah tangga next year dipermudahkan urusan supaya majlis perkahwinan anda meriah tanpa perlu risau tentang COVID-19. Amennn.


Suka artikel ni? Jangan lupa share dengan orang lain tau.



xoxo,

post signature


Read more~

Viewing all articles
Browse latest Browse all 610