Assalamualaikum. Dalam kata tahun ni tak nak buat kuih raya sebab badan tak larat, tapi masuk resepi cornflakes coklat rangup ni, dah 4 kuih raya dah Ayue buat. Hehe. Bila suami request, tak sampai hati pula nak tolak kan. Lagi pun kuih-kuih raya yang dia minta semua senang untuk dibuat. Jadi Ayue layankan lah.
Dalam banyak-banyak kuih yang Ayue buat, cornflakes coklat ni lah yang paling senang nak buat sebab resepi cornflakes coklat ni tak perlu bakar pun. Dan kuih yang paling laku tau. Tak sampai berapa hari dah habis sampai Ayue kena buat lagi sekali. Yang bestnya, kalau suami Ayue balik lambat, dia akan minta Ayue bekalkan sikit cornflakes coklat ni supaya dia dapat makan masa berbuka di office nanti. Sweet kan? Haha.
Hilang terus penat bila suami hargai apa yang kita masak. Lepas tu kebetulan ada juga kawan suami yang rasa cornflakes coklat Ayue tu, dan nak order untuk raya ni. Adoi, tak kan nak tolak pula. Dah alang-alang memang Ayue nak buat lagi untuk dibawa balik ke kampung suami dan kampung Ayue, jadi Ayue selitkan lah sekali order kawan suami tu. Rezeki jangan ditolak ye tak? Alhamdulillah.
Ok, jom Ayue share resepi kuih raya paling mudah dan paling senang untuk anda buat, tanpa bakar dan paling sedap dan paling laku masa raya nanti. Heheh.
Bahan-bahan
Cara-cara
Haa, mudah dan senang sangat kan? Kan Ayue dah kata. Ada juga resepi yang tak guna almond, tapi Ayue suka masukkan almond supaya lagi sedap. Lagi pun untuk makan sendiri, apa lah salah bagi lagi sedap kan?
Ayue guna coklat Beryl's sebab gabungannya dengan cornflakes sangat sedap berbanding coklat hershey's. Ayue sendiri dah cuba, tapi suami lagi suka yang Beryl's. Lagipun coklat hershey's pada suhu bilik, ia cepat lembik. Tapi kalau nak nak cuba, takda masalah. Lain orang lain seleranya kan.
Ada juga yang tanya Ayue tips untuk tak bagi cornflakes tu lembik dan lemau selepas digaulkan dengan coklat. Tips nya mudah saja. Alang-alang nak share tips, Ayue share sekali segala tips untuk resepi ni ya.
Itu saja rasanya tips yang Ayue nak share. Bukan susah pun pantang larang dia. InsyaAllah, cornflakes anda akan jadi sangat rangup krup krap bila makan kalau anda ikut teknik dan tips yang Ayue share ni. Lepas tu nak hias terpulang pada anda. Ada yang letak manik warna-warni, coklat putih dan sebagainya. Ayue dan suami lebih suka yang kosong saja sebab dekat dalam kan dah ada almond? Buat apa nak tambah-tambah perasa kan. Hehe. Ikut selera masing-masing ya.
Jangan lupa cuba resepi ni tau. Serious sedap sangat! :)
Selamat mencuba.
![post signature]()

Resepi Cornflakes Coklat Mudah dan Rangup Tanpa Bakar
Bahan-bahan
- Milk compound chocolate (Beryl's) 250g
- Cornflakes - 5 cawan (sukat yg belum diramas)
- Buttercup - 1 sudu besar
- Almond - 60g
- Papercup
Cara-cara
- Cairkan coklat bersama butter, biarkan sejuk
- Sangai almond hingga rangup
- Ramas kasar cornflakes
- Campurkan cornflakes, almond dan coklat, gaul rata
- Masukkan ke dalam papercup menggunakan sudu
- Biarkan sejuk atau masukkan ke dalam peti ais selama 5 minit
- Siap!
Haa, mudah dan senang sangat kan? Kan Ayue dah kata. Ada juga resepi yang tak guna almond, tapi Ayue suka masukkan almond supaya lagi sedap. Lagi pun untuk makan sendiri, apa lah salah bagi lagi sedap kan?
Ayue guna coklat Beryl's sebab gabungannya dengan cornflakes sangat sedap berbanding coklat hershey's. Ayue sendiri dah cuba, tapi suami lagi suka yang Beryl's. Lagipun coklat hershey's pada suhu bilik, ia cepat lembik. Tapi kalau nak nak cuba, takda masalah. Lain orang lain seleranya kan.
Ada juga yang tanya Ayue tips untuk tak bagi cornflakes tu lembik dan lemau selepas digaulkan dengan coklat. Tips nya mudah saja. Alang-alang nak share tips, Ayue share sekali segala tips untuk resepi ni ya.
Tips masak Cornflakes Coklat
- Coklat boleh dicairkan menggunakan teknik double boil atau masukkan saja dalam microwave. Ayue guna microwave sebab lagi senang dan cepat. Tapi pastikan suhu yang digunakan sederhana saja dan panaskan selama 10 minit. Setiap 3 minit, anda cuba tengok sama ada coklat dah cair atau tidak dengan cara menggaulkannya. Suhu jangan terlalu panas, kalau tidak coklat akan kering.
- Pastikan coklat sejuk sebelum dicampurkan bersama cornflakes untuk mengelakkan cornflakes anda lembik dan lemau. Jangan risau sebab coklat takkan keras semula kerana anda dah campurkan coklat dengan butter. Ayue biarkan coklat sejuk dalam 20 minit saja. Jangan dibiarkan berjam-jam pula ya.
- Jangan sesekali biarkan coklat terkena air.
- Selepas masukkan cornflakes ke dalam papercup, Ayue terus masukkan ke dalam peti ais selama 5 minit. Maklumlah, Ayue tak rajin nak tunggu hingga coklat keras. Jadi Ayue masukkan terus dalam peti ais, tak sampai 5 minit cornflakes dan coklat akan keras. Jangan sejukkan terlalu lama, kalau tidak cornflakes akan lemau.
- Setiap adunan ni akan dapat dalam 70-80 biji. Bergantung pada cara dan kuantiti yang anda masukkan ke dalam papercup.
- Ayue guna cornflakes jenama Nestle sebab lebih nipis dan sedap berbanding yang lain.
Itu saja rasanya tips yang Ayue nak share. Bukan susah pun pantang larang dia. InsyaAllah, cornflakes anda akan jadi sangat rangup krup krap bila makan kalau anda ikut teknik dan tips yang Ayue share ni. Lepas tu nak hias terpulang pada anda. Ada yang letak manik warna-warni, coklat putih dan sebagainya. Ayue dan suami lebih suka yang kosong saja sebab dekat dalam kan dah ada almond? Buat apa nak tambah-tambah perasa kan. Hehe. Ikut selera masing-masing ya.
Jangan lupa cuba resepi ni tau. Serious sedap sangat! :)
Selamat mencuba.
xoxo,
![post signature](http://1.bp.blogspot.com/-SAp4H9n0oG8/UxS2D_BPDtI/AAAAAAAACEE/iAMn9aEaIRM/s1600/sign.png)