Quantcast
Channel: AYUE IDRIS
Viewing all articles
Browse latest Browse all 610

Resepi Biskut Cornflakes Butter Rangup

$
0
0
Assalamualaikum. Tengah-tengah malam ni mood nak update blog datang tiba-tiba sebab tengah happy biskut cornflakes Ayue menjadi macam yang suami suka. Resepi ni resepi mak mertua, jadi bila guna resepi mak mertua ni, anak dia mesti mengharap jadi macam yang mak dia buatkan? Alhamdulillah menjadi. Happy sangat! Terus tak rasa penat membakar malam-malam ni.


Resepi cornflakes ni senang je sebenarnya. Paling senang dan paling mudah nak dapatkan bahan-bahan dia. Lagi-lagi time nak dekat raya ni, confirm bahan-bahan ni semua dah ada dekat dapur tu ha. Ayue pun tadi tinggal nak beli cornflakes je, bahan lain semua dah ada dekat rumah.

Biskut cornflakes ni biasanya lepas bakar memang separuh balang dah habis dulu dah. Jangan harap nak simpan semua sampai raya. Silap-silap kena buat lain sebab bila dah start makan tu, ralit sungguh. Rangup krup krap. Tup tup licin. Haha. Ayue pun dapat simpan separuh balang je tu. Confirmtak sempat sampai raya. Nampak gaya macam kena buat lain je. Hehe. Takpa lah, janji suami suka.

Okey, tak nak bebel panjang-panjang. Meh Ayue share Resepi Biskut Cornflakes Butter Rangup dari mak mertua Ayue ni okey?


Resepi Biskut Cornflakes Butter Rangup

Bahan-bahan

  • 2 cawan Self-raising Flour
  • 200g Butter (suhu bilik)
  • 1 cawan Gula kastor
  • 1 sudu teh Esen vanila
  • 2 biji Kuning telur
  • 2 cawan Cornflakes ramas kasar



Cara-cara

  1. Pukul butter dengan gula castor hingga kembang
  2. Masukkan kuning telur dan esen vanila. Pukul hingga sebati
  3. Masukkan tepung
  4. Masukkan cornflakes yang telah dihancurkan sedikit
  5. Isi ke dalam cup 
  6. Bakar pada suhu 150°C selama 20 minit, api atas bawah


Senang je kan? Masa bakar tu, aduhai, bau semerbak. Tu yang buat tak sabar nak ngap tu. Satu adunan ni boleh dapat sehingga 120-150 biji. Kalau anda nak buat separuh, bahagi 2 saja resepi yang Ayue tulis tu ye.












Tips

  • Hancurkan cornflakes sedikit dan masukkan ke dalam adunan. Kemudian tambah sedikit lagi cornflakes di atasnya lepas dimasukkan ke dalam cup untuk rasa cornflakes yang lebih umphh.
  • Ayue guna Cornflakes jenama Nestle sebab cornflakes nya nipis dan rangup berbanding Kellogg's. Kellogg's cornflakes nya tebal.
  • Ayue guna oven kecil saja. Pastikan anda perhatikan biskut anda masa pertama kali dibakar untuk tentukan masa yang sesuai dengan oven anda.
  • Kalau anda takda tepung self-raising, boleh guna resepi dibawah menggunakan tepung gandum. Pun sedap juga. Lebih kurang saja rasanya. Cara masak pun sama.
  • Kalau nak kurang manis, kurangkan kuantiti gula okey?
  • Kalau tak nak guna cup, boleh letak terus di atas loyang, tapi pastikan sapu butter terlebih dahulu


Resepi Kedua Biskut Cornflakes Butter Rangup

Bahan-bahan
  • 1 3/4 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan tepung jagung
  • 1/2 sudu teh baking powder
  • 2 cawan cornflakes ramas kasar
  • 200g butter (suhu bilik)
  • 3/4 cawan gula kastor
  • 1 biji kuning telur


Siap! Jangan lupa cuba okey? Gerenti sedap punya lah. InsyaAllah. Selamat mencuba :)




xoxo,

post signature

Viewing all articles
Browse latest Browse all 610