Quantcast
Channel: AYUE IDRIS
Viewing all articles
Browse latest Browse all 610

KKBOX | Asia's leading music streaming service

$
0
0
Assalamualaikum. Ayue perasan, orang sekarang ni suka dengar muzik tak kira waktu. Ada yang dengar waktu memandu ke pejabat tiap-tiap pagi, waktu bersesak menaiki pengangkutan awam, sambil memasak, dalam waktu rehat dan juga dalam pelbagai acara.

Kebiasaannya muzik yang dimainkan bersesuaian mengikut emosi dan acara waktu itu. Contohnya waktu Ayue ke event seperti roadshow, lagu rancak dan catchy dimainkan. Manakala jika Ayue ke event berbentuk ilmiah, muzik yang lebih santai dimainkan.

Samalah juga dengan lagu yang kita akan mainkan memgikut emosi. Selalunya kita cenderung untuk memainkan lagu yang mendayu dan membawa maksud yang mendalam jika kita dalam keadaan sedih. Kalau kita sedang happy, macam karaoke dibuatnya. Betul tak?

Ini Ayue ada satu aplikasi yang sesuai untuk orang yang gemar mendengar muzik macam Ayue. Lagi-lagi yang suka menyanyi sambil tengok lirik, aplikasi ini sangat sesuai untuk anda. Aplikasi yang Ayue maksudkan adalah KKBOX.


KKBOX ni  merupakan peneraju platform muzik digital di Asia yang terdapat di Taiwan, Jepun, Hong Kong, Singapura, Malaysia dan Thailand. Di Malaysia, KKBOX telah pun beroperasi selama 2 tahun dan mempunyai pustaka muzik Pop-Asia paling komprehensif dengan lebih 10 juta pengguna di seluruh Asia.


Tahun ini, KKBOX telah memperluaskan koleksi pustaka muzik mereka kepada 20 juta lagu yang boleh dimainkan melalui beberapa peranti oleh pengguna. Secara keseluruhan, muzik di KKBOX telah mencecah 8 juta kali dimainkan pada tahun 2014.

Sempena bulan Syawal ni, KKBOX sedang menawarkan Tawaran Istimewa Raya iaitu beli 1 Percuma 2!! Pengguna boleh melanggani KKBOX 30 hari servis muzik menerusi Perbankan Atas Talian dan terima 2 bulan ekstra secara percuma untuk anda nikmati lagu raya sempena musim perayaan ni.

'Personalisation' juga boleh didapati untuk pengguna melalui keluaran aplikasi terbaru KKBOX bermula 10 jun ini. Ciri ini membantu pengguna untuk memuat turun Tema dari 'Theme Store' menerusi Tetapan untuk menjadikan pengalaman KKBOX menjadi lebih peribadi.


Antara tema yang boleh digunakan adalah UK Fever, Doodle, Coffe Time dan banyak lagi. Tambahan terbaru untuk platform Malaysia/Singapura adalah tema Raya yang terdapat di Theme Store untuk memeriahkan lagi Raya anda. Lebih banyak lagi tema akan ditambah dari masa ke semasa.

KKBOX turut menampilkan ribuan senarai main yang dikategorikan menerusi Melayu, Antarabangsa, Mandarin, Kantonis, KPOP & JPOP untuk didengari pengguna. Pengguna juga boleh mendengarkan artis kegemaran mereka atau kongsi senarai main dengan pengguna lain menerusi media sosial.





Paling Ayue suka adalah aplikasi ini mempunyai kebolehan untuk memaparkan lirik untuk setiap lagu yang dimainkan.


Satu lagi projek menarik KKBOX ialah 'Sesi Live'. KKBOX bekerjasama dengan selebriti muzik tempatan seperti Shae & Nukilan, 6ixth Sense, Didi Astillah, Tilu Band, Awi Rafael, Diandra Arjunaidi, Asmidar dan Oh Chentaku membawakan muzik dengan cara yang segar dan menyeronokkan. Video 'Sesi Live' telah pun dilancarkan bermula April lepas. KKBOX merancang untuk fasa kedua 'Sesi Live' dengan skala yang lebih besar akan datang.

Layari saluran mereka di Youtube KKBOXMalaysia untuk mendapatkan maklumat terkini tentang 'Sesi Live'.


Untuk maklumat lanjut, boleh layari : www.kkbox.com




xoxo,

post signature

Viewing all articles
Browse latest Browse all 610