Quantcast
Channel: AYUE IDRIS
Viewing all articles
Browse latest Browse all 610

Jadual bayar zakat melalui kaunter zakat van bergerak

$
0
0
Assalamualaikum. Alhamdulillah, sekarang ni macam-macam cara untuk kita membuat kebaikan dan menunaikan kewajipan dengan mudah. Salah satunya membayar zakat. Ingat! Bayar zakat tu wajib tau. Jangan kita lupa dan sering beri alasan susah nak membayarnya okey?



Sebenarnya di Malaysia ni telah ada badan-badan yang dilantik secara sah untuk menguruskan hal ehwal zakat, bermula dari menerima zakat sehinggalah pengagihannya kepada mereka yang layak untuk menerima.

Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) adalah agensi yang ditubuhkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan mula beroperasi pada 1 Januari 1991 bertujuan mengutip semua jenis zakat harta di 3 kawasan iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.


PPZ-MAIWP berperanan sebagai agensi yang mengutip zakat dari orang awam. Wang zakat tersebut kemudiannya akan disalurkan kepada pihak Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan untuk diuruskan dan diagihkan kepada golongan Asnaf yang layak dan memerlukan. Jumlah 2.5% pula merupakan peratusan jumlah dari sebahagian harta yang wajib kita zakatkan.

Dengan kesibukan dengan hal-hal peribadi masing-masing setiap hari, mungkin ada yang terlepas pandang tentang kewajipan berzakat. Sebab tu PPZ-MAIWP terus menerus melakukan pelbagai aktiviti dan inisiatif untuk memudahkan kita menunaikan zakat antaranya :
  • Program turun padang – pasaraya, street dakwah, majikan swasta dan kerajaan, masjid
  • Penggunaan medium masa kini – media baru, media elektronik, media cetak



CARA MEMBAYAR ZAKAT


Antara medium yang anda boleh gunakan untuk membayar zakat adalah :

1) Portal www.zakat.com.my



2) Perbankan Internet

Bayaran melalui perbankan Internet di 13 buah bank yang dilantik :

1.
Maybank
2.
Bank Islam
3.
AmBank Group
4.
CIMB Bank Berhad
5.
Public Bank
6.
RHB Bank
7.
OCBC Bank
8.
HSBC Bank
9.
Pos Online
10.
Hong Leong Islamic Bank
11.
iRakyar (Bank Rakyat)
12.
Affins Islamic
13.
Bank Muamalat
14.
AgroBank



3) Kaunter Zakat Bergerak PPZ-MAIWP

Terdapat 7 lokasi tetap Kaunter Zakat Bergerak PPZ-MAIWP di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya bagi memudahkan orang awam membuat bayaran dan juga semakan zakat. Untuk pengetahuan anda, mereka bertanggungjawab untuk bergerak di kawasan Wilayah Persekutuan sahaja.


Anda hanya perlu hubungi talian zakat di 1 300 88 5757 untuk mendapatkan perkhidmatan ini dan berada di syarikat-syarikat, badan kerajaan, majlis, program dan sebagainya kerana ‘tagline’ mereka, “Kami Bersedia Ke Tempat Anda”. Baguskan? Mudah untuk mereka yang sibuk berkerja dan salah satu inisiatif yang sangat bagus dan ini perlu diambil peluang oleh semua majikan.

Kaunter ini dilengkapi dengan kemudahan KIRAAN, BAYARAN dan SEMAKAN. Pembayaran pula boleh dengan menggunakan TUNAI, KAD KREDIT PERBANKAN ISLAM, KAD DEBIT dan CEK. Pihak PPZ MAIWP dan juga Baitumal MAIWP bertanggungjawab sepenuhnya bagi memastikan hasil pungutan zakat diagihkan kepada golongan yang benar-benar layak dan memerlukan.





Pilih saja yang kaedah mana yang sesuai dengan jadual harian anda. Kalau Ayue, memang Ayue bayar online saja. Semuanya dihujung jari sekarang ni. Tapi kalau van bergerak tu dah ada di tempat Ayue berkerja, mesti lah Ayue ke sana dulu sebab Ayue lagi suka suasana membayar zakat tu berbanding duduk di depan komputer saja. Hehe. Lain orang lain caranya kan.

Ayue tahu, masih ramai lagi yang beranggapan bahawa mereka tidak perlu menunaikan zakat. Kalau anda masih lagi tertanya-tanya sama ada anda perlu atau tidak menunaikan zakat, anda perlu semak terlebih dahulu segala bentuk pendapatan, perniagaan yang ada dan rujuk kepada pegawai-pegawai zakat.

Sebagai contoh di Wilayah Persekutuan, rujuk dengan PPZ-MAIWP. Jangan main-main agak-agak je tau. Menunaikan zakat pada yang mampu tu hukumnya WAJIB. Anda yang masih belum menunaikan zakat, Ayue sarankan anda bayar zakat pada tahun ni untuk mendapatkan pelepasan cukai pada tahun yang sama.

Tapi ingat, tunai zakat pada institusi yang dilantik. Para asnaf akan mendapat lebih manfaat tau. Anda boleh rujuk pada http://www.maiwp.gov.my untuk berita dan maklumat agihan


Hikmah mengeluarkan zakat adalah untuk :

  • Menolong orang yang susah dan lemah dalam hal ekonomi, agar ia dapat menunaikan kewajibannya kepada Allah dan terhadap makhluk-Nya.
  • Membersihkan diri yang mengeluarkan zakat dari sifat kikir dan akhlak yang tercela, serta mendidik agar bersifat mulia dan pemurah dengan membiasakan diri membayarkan amanat kepada orang yang berhak menerimanya.
  • Sebagai ungkapan syukur dan terima kasih atas nikmat kekayaan yang telah diberikan oleh Allah kepada orang yang mengeluarkan zakat.
  • Untuk mencegah timbulnya kejahatan-kejahatan yang mungkin timbul akibat kelemahan ekonomi yang dialami oleh mereka yang menerima zakat.
  • Untuk mendekatkan hubungan dan menghindari kesenjangan sosial antara yang miskin dan yang kaya. (catatan islami)






Untuk maklumat lanjut tentang fungsi PPZWP dan juga MAIWP anda boleh layari laman web :

Facebook Fanpage PPZ-MAIWP :https://www.facebook.com/myzakat/
Youtube : YouTube.com/ppztv
Pusat Panggilan PPZ-MAIWP (pertanyaan berkenaan pembayaran zakat) talian : 1-300-88-5757
Facebook Fanpage Baitulmal MAIWP : https://www.facebook.com/baitulmal.wp


"Tiada alasan lagi untuk tidak membayar zakat kerana segala kemudahan telahpun tersedia"





xoxo,


Viewing all articles
Browse latest Browse all 610