Assalamualaikum. Siapa peminat setia Mary Kay dekat sini? Ayue tau mesti ramai gila kan? Mary Kay ni ada peminat setianya sendiri tau. Tiap kali ada produk Mary Kay baru keluar je mesti nak grab, betul tak? Sama lah Ayue pun. Kali ni Ayue nak review skincare terbaru dari Mary Kay iaitu Mary Kay Botanical Effects.
Sebelum ni pun Ayue dah beberapa kali review tentang Mary Kay. Produknya memang sangat berkualiti dan berbaloi untuk dibeli. Alhamdulillah setakat ni kulit Ayue pun tak pernah ada apa-apa masalah bila bertukar ke skincare Mary Kay ni.
Ayue pula jenis yang suka cuba skincare untuk dapatkan yang terbaik untuk kulit Ayue. Bukan skincare sekarang ni tak bagus, cuma apalah salah kalau Ayue nak cari yang lebih baik kan? Lagi pula Mary Kay Botanical Effects mengandungi Aloe Vera dan Buah Naga (Dragon Fruit) sebagai bahan utama. Bahan yang memang Ayue paling suka sekali guna dekat muka Ayue ni. Lagi lah seronok nak cuba.
💗 MARY KAY BOTANICAL EFFECTS 💗
Okey, jom Ayue share produk yang ada dalam rangkaian Mary Kay Botanical Effects ni.
Botanical Effects Gel Cleanser 127g | Harga RM 75
Membersih secara mendalam dan menyingkirkan sebum. Pencuci muka yang ini jenis gel. Walaupun Ayue kurang gemar cuci muka dengan gel sebab kena letak amaun yang banyak dan Ayue lebih suka buih yang banyak untuk cuci muka, tapi Botanical Effects Gel Cleanser ni elok je. Guna sikit saja sudah cukup dan buihnya juga tak terlalu sikit, tak juga terlalu banyak. Cukup untuk Ayue rasa bersih, puas dan fresh lepas cuci muka. Lagi pun baunya sangat wangi. Nyaman je masa cuci muka.
Botanical Effects Exfoliating Scrub 88ml | Harga RM 75
Mengelupaskan dan membuang kulit mati, membersih liang pori secara mendalam. Dicadangkan menggunakannya 2 atau 3 kali seminggu selepas mencuci muka. Ayue suka guna selang 2 hari macam tu. Maksudnya Ayue akan skrub muka Ayue hari Isnin, Rabu dan Sabtu. Mudah untuk Ayue ingat sebab kadang-kadang bila dah seharian penat, Ayue selalu lupa nak skrub muka. Sesekali dapat skrub rasa mersih sangat kulit muka tau.
Botanical Effects Toner 147ml | Harga RM 75
Membuang kesan kotoran dan sel-sel kulit mati dengan bersih dan sempurna. Ayue suka sangat baunya. Wagi betul. Rasa macam nak letak banyak-banyak pada cotton pad tu. Tapi sebenarnya dalam 3 atau 4 drop saja sudah cukup untuk cover keseluruhan muka. Ayue takda masalah menggunakan cotton pad untuk apply toner sebab pada Ayue lagi bersih dari menggunakan tapak tangan. Toner sangat penting untuk menyediakan kulit kita sebelum apply produk yang lain.
Botanical Effects Moisturizer 85g | Harga RM 85
Berbentuk gel yang mudah menyerap dan melembapkan selama 12 jam. Mula-mula apply rasa macam letak air saja pada muka sebab teksturnya sangat ringan. Kebetulan kulit muka Ayue pula memang jenis oily, tak boleh guna pelembap yang cenderung untuk berminyak selepas beberapa jam. Tapi Botanical Effects Moisturizer sebaliknya. Ayue suka kerana ia dapat melembapkan kulit muka Ayue selama 12jam.
Botanical Effects Moisturizer SPF30 Sunscreen 50ml | Harga RM 65
Melindungi kulit selama 12 jam dari sinaran matahari. Berbeza dengan sunscreen yang Ayue guna sebelum ni yang pekat dan berbau pelik. Sunscreen dari Mary Kay ni lebih lembut dan mudah untuk diapply. Kalau anda nak skip terus pelembap juga takda masalah kerana kebaikannya lebih kurang sama.
💗 INGREDIENTS 💗
Kebaikan Aloe Vera pada kulit :
- Salah satu tumbuhan yang paling berkhasiat di dunia, gel aloe mengandungi lebih daripada 75 nutrien, termasuk 20 mineral dan 12 vitamin.
- Membantu mengekalkan halangan kelembapan kulit dan mempunyai vitamin yang tinggi kandungan E, antioksidan yang popular dalam penjagaan kulit.
- Menggalakkan kulit yang sihat dan perolehan sel.
- Memberikan kulit anda rangsangan tambahan antioksidan.
Kebaikan Buah Naga pada kulit :
- Juga dipanggil pitaya
- Mengandungi asid lemak dan beberapa vitamin B-kompleks : dipanggil "vitamin anti-stress" B1 (thiamin), B2 (riboflavin) dan B3 (niacin).
- Penuh dengan mineral seperti besi, kalsium dan fosforus.
- Kaya dengan antioksidan untuk membantu melawan radikal bebas kulit yang merosakkan.
💗 CARA PEMAKAIAN 💗
PAGI
Step 1 : Cleansing Gel
Step 2 : Refreshing Toner
Step 3 : Moisturizing Gel
Step 4 : Moisturizing Lotion SPF30 Sunscreen
MALAM
Step 1 : Cleansing Gel
Step 2 : Refreshing Toner
Step 3 : Moisturizing Gel
*Guna Invigorating Scrub pada sebelah pagi atau malam selepas mencuci muka, 2 atau 3 kali seminggu.
💗 INFO / CONTACT 💗
Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Mary Kay Independent Beauty Consultants (03-7711 7500)
atau layari :
Website: www.marykay.com.my
Dream Beautiful Contest: www.mkdreambeautiful.com
Facebook Page: fb.com/MaryKay.com.my
Instagram: @MaryKayMySg
xoxo,
![post signature](http://1.bp.blogspot.com/-SAp4H9n0oG8/UxS2D_BPDtI/AAAAAAAACEE/iAMn9aEaIRM/s1600/sign.png)