Quantcast
Channel: AYUE IDRIS
Viewing all articles
Browse latest Browse all 610

Mary Kay Upbeat™ for Her Eau de Toilette Review

$
0
0
Assalamualaikum. Macam mana anda naikkan semangat untuk lalui kehidupan harian? Kebelakangan ni Ayue ditimpa pelbagai dugaan. Mood kadang-kadang ok, kadang tidak. Tak menentu. Jadi Ayue selalu dengar muzik untuk release tension. Tapi anda tau tak selain dari muzik, bauan juga merupakan salah satu cara untuk menaikkan semangat dan mengubah mood kita dari moody kepada ceria.

Sebab tu Ayue suka pakai bauan yang boleh menaikkan semangat Ayue. Bila terhidu bau wangi, automatik Ayue tersenyum sendiri tanda hati Ayue senang dengan kehadiran bau wangi tu. Sekarang Ayue ada favorite perfume yang baru tau, Mary Kay Upbeat™ for Her Eau de Toilette.


Sebenarnya Upbeat™ for Her Eau de Toilette ni diilhamkan untuk mereka yang sukakan muzik, sebab tu namanya Upbeat dan tagline nya pula 'Fragrance For The Music'. Tengok pada kotaknya saja dah nampak ceria dengan rona warna oren dan coklat terang. Ala-ala musim panas gitu.




Ayue pula suka sangat dengan bau wangian ni. Ada campuran bau buah dan aroma kayu sedikit. Mula-mula semburan baunya agak kuat, tetapi lama kelamaan bau wangian ni akan jadi sangat lembut. Sesuai sangat dengan Ayue sebab Ayue sukakan bau yang lembut berbanding bauan yang garang.




Mary Kay Upbeat™ for Her Eau de Toilette mempunyai 3 jenis notes. 

Opening Notes nya merupakan gabungan antara buah beri merah, epal dan nektarin (aprikot) yang membuatkan wangian ini unik.

Middle Notes (The Backbeat) pula mengeluarkan bau ros melati, bau haruman liar dan muguet. Ya ampun, sesiapa yang kenal rapat dengan Ayue, mesti tau yang Ayue sangat sukakan wangian berbau ros! Masa ni lah ia memancarkan kewanitaan, keghairahan dan semangat bergerak mengikut rentak muzik yang kita dengar

End Notes (The Finish) pula merupakan gabungan bau nilam, kulit kasturi, ambar dan gaharu. Sangat unik kan wangian Upbeat ni?


Pada Ayue wangian ni sangat sesuai untuk wanita yang mencari wangian yang boleh menaikkan semangat dan tenaga dari siang hari ke malam. Wanita yang seharian sibuk macam Ayue ni sesuai sangat. Malah botol dan kotaknya yang unik tu pun membuatkan ia sesuai untuk dijadikan hadiah untuk teman rapat anda. 


Lepas ni kalau agak-agak bosan atau letih, sembur saja wangian Mary Kay Upbeat™ for Her Eau de Toilette ni. Mesti bole boost up mood anda. Lagi-lagi kalau dengar lagu, boleh berjoget dibuatnya! Haha.


Wangian Mary Kay Upbeat™ for Her Eau de Toilette boleh didapati mulai 1 July 2016 dengan harga RM89. Berbaloi ke? Sangat berbaloi! Jika anda inginkan wangian yang berbau unik dengan campuran aroma kayu yang lembut, boleh lah cuba Mary Kay Upbeat™ for Her Eau de Toilette ni okey. Tak rugi pun.


Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi Perunding kecantikan bebas Mary Kay di talian 03-77117500 dan layari 





xoxo,

post signature

Viewing all articles
Browse latest Browse all 610

Latest Images

Trending Articles


“Mr bolero banat lines”


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


INUMAN QUOTES


RE: Mutton Pies (frankie241)


Hato lada ym dei namar ka jingpyrshah jong U JJM Nichols Roy (Bah Joy) ngin...


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 11.6.0 by Vimeo.com, Inc.


Doodle Jump 3.11.34 by Lima Sky LLC


Doodle Jump 3.11.34 by Lima Sky LLC


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE



Latest Images