Assalamualaikum. Seperti tahun-tahun lepas, tahun ini Guardian kembali lagi dengan Anugerah Pilihan Rakyat Guardian 2016 (Guardian People's Choice Award 2016) untuk kali ke-15 dengan lebih banyak ciri menarik.
Menariknya, tahun ini Guardian menantapkan lagi anugerah ini dengan mengalihkan sistem pengundian kepada dalam talian (online). Dengan belian sebanyak RM10 ke atas dalam satu resit sama ada di stor atau melalui e-stor, pelanggan hanya perlu melayari www.guardianpca.com.mydan akan layak mendapat satu penyertaan digital.
Ayue telah lihat sendiri semua produk yang dipertandingkan. Hebat-hebat belaka. Daripada penjagaan rambut, penjagaan muka, penjagaan diri, kosmetik, kecantikan, kebersihan diri, penjagaan kesihatan, suplemen & ubat-ubatan, produk ibu dan anak serta konfeksioneri. Terdapat 58 kategori sertaan dan hampir 250 produk yang dipertandingkan. Wah! Banyaknya.
Demi memperkemaskan lagi peraduan tersebut, sistem pengundian akan dibahagikan kepada dua kategori berdasarkan jantina, ini untuk memastikan kelancaran. Akan tetapi, untuk mendapatkan keputusan terbaik, pengundi mestilah melengkapkan sekurang-kurangnya satu medan kategori dan digalakkan menjawab kedua-dua set soalan supaya mempunyai peluang lebih cerah untuk memenangi hadiah-hadiah hebat yang disediakan.
Peraduan Anugerah Pilihan Rakyat 2016 bermula dari 28 April hingga 25 Mei, 2016. Semua pengundian akan diselenggara dalam talian dan mereka yang mempunyai bilangan padanan tepat yang terbanyak dengan susunan jenama yang menang akan mendapat hadiah bulanan atau mingguan.
Kedudukan seri akan diputuskan mengikut tarikh serahan iaitu penyertaan yang lebih awal akan dianggap pemenang. Sebagai tanda penghargaan, semua peserta yang menyertai peraduan akan menerima e-baucar bernilai RM10 selepas tamat peraduan, untuk digunakan membuat belian e-stor.
Antara hadiah yang disediakan dalam Anugerah Pilihan RakyatGuardian2016:
- 1 x Hadiah Utama: RM1,000 Baucar Guardian sebulan meliputi 12 bulan & Produk daripada semua jenama yang dicalonkan bernilai RM16,500
- 10 x Hadiah Pertama: RM300 Guardian Baucar sebulan meliputi 12 bulan & Produk daripada semua jenama yang dicalonkan bernilai RM8,100
- 2 x Pemenang Mingguan: Produk daripada semua jenama yang dicalonkan bernilai M4,500
Peserta diingatkan supaya menyimpan resit untuk tujuan pengesahan pemenang dan penebusan hadiah.
xoxo,
![post signature](http://1.bp.blogspot.com/-SAp4H9n0oG8/UxS2D_BPDtI/AAAAAAAACEE/iAMn9aEaIRM/s1600/sign.png)