Quantcast
Channel: AYUE IDRIS
Viewing all articles
Browse latest Browse all 610

Pengalaman menonton BATMAN v SUPERMAN: DAWN OF JUSTICE™ bersama PERFECTÒ Popcorn

$
0
0
Assalamualaikum. Tiap kali Ayue tengok wayang, benda yang wajib ada adalah popcorn. Tak kira lah masa tu baru lepas makan ke, tak ke, mesti kena ada juga popcorn tu sebab Ayue ni jenis yang suka mengunyah bila tengok cerita. Lagi-lagi bila dah sampai klimaks cerita, lagi laju mulut ni mengunyah.

Popcorn ni dah kira macam pelengkap keseluruhan proses tengok wayang. Tak lengkap rasanya bila tengok wayang takda popcorn kan? Tapi selalunya popcorn yang sedia ada kurang memuaskan hati sebab perasanya tidak mengelubungi keseluruhan popcorn, banyak tompok-tompok putih. Tak syok lah nak mengunyah kalau macam tu.




Baru-baru ni pula ada cerita baru yang keluar di pawagam, BATMAN v SUPERMAN: DAWN OF JUSTICE™. Keseluruhan cerita ni memakan masa hampir 2 jam 30 minit tau! Memang wajib lah ada popcorn. Nasib baik PERFECTÒ bekerjasama dengan Fox Movies Premium (BATMAN v SUPERMAN: DAWN OF JUSTICE™ movie premiere) untuk memberikan kami pengalaman menonton wayang yang terbaik dengan adanya PERFECTÒ Popcorn.



Ayue perasan Ayue makin rancak menguyah popcorn adalah ketika Superman dengan paksa rela bertarung dengan Batman untuk menyelamatkan ibunya, Martha dari dibunuh oleh Lex Luther. Tak tahu nak sokong yang mana sebab kedua-duanya superhero yang Ayue minat sejak dari kecil lagi. Nasib baik Batman cepat sedar yang dirinya sedang dipergunakan oleh Lex Luther.



Yang pastinya, Ayue makan popcorn tanpa henti adalah ketika Batman dan Superman bergabung untuk melawan musuh. Geram pula Ayue tengok musuh ciptaan Lex Luther tu susah nak mati. Nasib baik PERFECTÒ Popcorn, dapat tenangkan hati Ayue ni. Haha.

Seriously, sejak dari awal pengenalan PERFECTÒ Popcorn ni memang Ayue dah jatuh hati. Mana tidaknya, popcornnya disaluti 100% perisa dalam setiap satu. Puas hati sangat bila makan. Takda lagi dah rasa tawar sebab terkena tompok-tompok putih popcorn yang tidak disaluti perasa tu. Sekarang ni pula makin banyak cerita best yang bakal ditayangkan di pawangam, maka PERFECTÒ Popcorn is a must!

PERFECTÒ Popcorn terdapat dalam tiga perisa klasik bagi menepati cita rasa kita iaitu :

1) Ultimate Caramel
2) Chocolate in Love
3) The French Vanilla


Dalam ketiga-tiga perisa ni, paling Ayue suka adalah Chocolate in Love. Makan banyak mana pun tak muak tau. Rasa coklatnya tu unik dan lain daripada yang lain. Sebab tu lah kalau Ayue makan PERFECTÒ Popcorn perisa Chocolate in Love ni masa menonton wayang, tak sedar pun dah habis. Punyalah sedapkan. Anda pula suka perisa yang mana?


Kalau anda mahukan pengalaman terbaik apabila menonton, tidak kira samada di pawagam mahupun di rumah, pastikan ada PERFECTÒ Popcorn bersama-sama anda okey. Pasti anda dapat rasakan perbezaannya dengan menikmati popcorn yang disaluti 100% perisa di setiap popcornnya.


PERFECTÒ Popcorn,snek mewah yang mampu dinikmati semua kini terdapat di seluruh negara dengan harga jualan runcit :

Pek kecil (85g) - RM4.50
Pek besar (160g) - RM7.50



Untuk keterangan lanjut, layari :




xoxo,


Viewing all articles
Browse latest Browse all 610

Trending Articles


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


FORTUITOUS EVENT


Vimeo 11.8.1 by Vimeo.com, Inc.


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 11.6.0 by Vimeo.com, Inc.


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


Girasoles para colorear


KASAMBAHAY BILL IN THE HOUSE


Re:Mutton Pies (lleechef)


Top 100 Tagalog Love Quotes Collections Online


Patama Quotes – Tanga love tagalog quotes


RE: Mutton Pies (frankie241)


Hato lada ym dei namar ka jingpyrshah jong U JJM Nichols Roy (Bah Joy) ngin...


Vimeo 11.5.1 by Vimeo.com, Inc.


“Hanggang s apag tanda natin”


Pokemon para colorear


Sapos para colorear