Assalamualaikum. Alhamdulillah, sekarang ni macam-macam cara untuk kita membuat kebaikan dan menunaikan kewajipan dengan mudah. Salah satunya membayar zakat. Ingat! Bayar zakat tu wajib tau. Jangan kita lupa dan sering beri alasan susah nak membayarnya okey?
Sebenarnya di Malaysia ni ada banyak badan yang menguruskan zakat, bermula dari menerima zakat sehinggalah pengagihannya kepada mereka yang layak untuk menerima.
Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) adalah agensi yang ditubuhkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan mula beroperasi pada 1 Januari 1991 bertujuan mengutip semua jenis zakat harta.
PPZ-MAIWP berperanan sebagai agensi yang mengutip zakat dari orang awam. Wang zakat tersebut kemudiannya akan disalurkan kepada pihak Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan untuk diuruskan dan diagihkan kepada golongan Asnaf yang layak dan memerlukan. Jumlah 2.5% pula merupakan peratusan jumlah dari sebahagian harta yang wajib kita zakatkan.
Pusat Pungutan Zakat ini bertanggungjawab untuk pengagihan zakat atau program-program agihan kepada lapan asnaf yang layak menerima zakat yang berada dibawah tanggungjawab Baitulmal, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan melalui 28 skim bantuan. Bantuan dikategorikan dengan jangka masa pendek dan jangka masa panjang.
Antara 8 golongan asnaf yang layak menerima bantuan zakat ialah:
1. Asnaf Fakir
Asnaf Fakir ialah orang Islam yang tiada harta atau pendapatan, atau ada harta atau pendapatan tetapi tidak mencapai 50 peratus daripada had kifayah dirinya dan tanggungannya.
2. Asnaf Miskin
Asnaf miskin ialah orang Islam yang mempunyai harta atau pendapatan yang hanya boleh menampung lebih 50 peratus keperluan dirinya dan tanggungannya tetapi masih belum mencukupi had kifayah.
3. Asnaf Amil
Amil ialah pihak yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan(MAIP) untuk menjalankan tugas-tugas pengurusan zakat meliputi pungutan dan agihan.
4. Asnaf Muallaf
Muallaf adalah seseorang yang baru memeluk Islam atau seseorang yang dijinakkan hatinya dalam kalangan mereka yang belum memeluk agama Islam atau yang perlu ditarik simpatinya kepada Islam atau diharap dapat membela orang Islam atau yang perlu diamankan kejahatannya terhadap orang Islam.
5. Asnaf Riqab
Riqab ialah seseorang yang terbelenggu di bawah suatu kuasa atau keadaan yang menjadi hambatan kepada dirinya bagi menjalani kehidupan yang lebih baik.
6. Asnaf Gharimin
Gharimin ialah orang Islam yang berhutang untuk memenuhi keperluan asas diri dan tanggungannya atau kepentingan masyarakat dan tiada keupayaan untuk membayarnya.
Orang Islam yang berhutang untuk memenuhi keperluan asasi bagi permasalahan diri atau keluarga tanggungannya atau orang yang berhutang untuk menyelesaikan masalah masyarakat dan memerlukan:
- Orang yang berhutang itu tidak mampu menjelaskan hutangnya.
- Hutang itu hendaklah dalam perkara taat yang diharuskan syarak.
- Hutang telah sampai tempoh untuk dijelaskan.
7. Asnaf Fisabilillah
Fisabilillah ialah perjuangan, usaha dan aktiviti yang bertujuan untuk menegakkan dan mempertahankan agama Allah.
8. Asnaf Ibnu Sabil
Ibnu Sabil ialah orang Islam yang kehabisan belanja semasa memulakan perjalanan atau dalam perjalanan yang mendatangkan manfaat serta sesuai dengan hukum Syarak dengan syarat:
Putus bekalan dalam perjalanannya.
- Tidak dapat memanfaatkan hartanya untuk meneruskan perjalanan.
- Memerlukan kemudahan asas dalam masalah perjalanan.
- Ditinggalkan dalam perjalanan.
Antara medium yang anda boleh gunakan untuk menbayar zakat pula adalah :
1) Portal www.zakat.com.my
2) Aplikasi i-zakat
Muat turun dari Google Play dan Apps Store
3) Kaunter PPZ-MAIWP
- Wisma PPZ, Tmn Shamelin
- Bangunan Daruzzakah, Lrg Hj Hussien 2 Kg Bharu
- Masjid Negara, Jalan Perdana KL
- Wangsa Maju, Wangsa Delima 6
- Presint 9, Putrajaya
- Presint Diplomatik, Putrajaya
- Masjid At Taqwa, TTDI
- Masjid Abd Raman B Auf, Jalan Puchong
- Masjid Imam Al Ghazali, Kepong
- UTC Pudu Sentral
- Labuan Times Square
Waktu Operasi Kaunter :
Isnin - Khamis (8:15 a.m. - 4:45 p.m.)
Jumaat (8:15 a.m. - 12:30 p.m.) (2:30 p.m. - 4:45 p.m.)
Ditutup pada Sabtu minggu pertama dan ketiga
UTC Sentral Pudu – 8.15 pagi – 10.00 malam
Dibuka 7 hari seminggu pada Ramadhan & Disember
4) Perbankan Internet
Bayaran melalui perbankan Internet di 13 buah bank yang dilantik :
- www.maybank2u.com.my
- www.rhb.com.my
- www.bankislam.biz
- www.cimbclick.com.my
- www.ambg.com.my
- www.hsbc.com.my
- www.publicbank.com.my
- www.standardchartered.com.my
- www.irakyat.com.my
- www.ocbc.com.my
- www.affinonline.com.my
- www.hlisb.com.my
- www.kfh.com.my
5) Skim Thohir
Pemotongan zakat secara bulanan yang diselaraskan melalui Potongan Cukai Berjadual (PCB) dan akan disertakan maklumat pemotongan di dalam slip gaji.
6) Kaunter Zakat Van Bergerak PPZ-MAIWP
Terdapat 2 buah van bergerak di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya bagi memudahkan orang awam membuat bayaran dan juga semakan zakat. Untuk pengetahuan, mereka bertanggungjawab untuk bergerak di kawasan Wilayah Persekutuan sahaja. Pihak PPZ MAIWP dan juga Baitumal MAIWP bertanggungjawab sepenuhnya bagi memastikan hasil pungutan zakat diagihkan kepada golongan yang benar-benar layak dan memerlukan.
Syaratnya penerima zakat itu mestilah :
- Beragama Islam
- Warganegara Malaysia
- Bermastautin di Wilayah Persekutuan dan berpendapatan rendah
Pilih saja yang kaedah mana yang sesuai dengan jadual harian anda. Kalau Ayue, memang Ayue bayar online saja. Semuanya dihujung jari sekarang ni. Malah, bermula 15hb Disember, bersempena Maulidur Rasul, pihak Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) telah menjalankan satu kempen membayar zakat secara online, terdapat banyak hadiah yang menarik untuk mereka yang membayar zakat sebelum 31 Disember 2015.
Hikmah mengeluarkan zakat adalah untuk :
- Menolong orang yang susah dan lemah dalam hal ekonomi, agar ia dapat menunaikan kewajibannya kepada Allah dan terhadap makhluk-Nya.
- Membersihkan diri yang mengeluarkan zakat dari sifat kikir dan akhlak yang tercela, serta mendidik agar bersifat mulia dan pemurah dengan membiasakan diri membayarkan amanat kepada orang yang berhak menerimanya.
- Sebagai ungkapan syukur dan terima kasih atas nikmat kekayaan yang telah diberikan oleh Allah kepada orang yang mengeluarkan zakat.
- Untuk mencegah timbulnya kejahatan-kejahatan yang mungkin timbul akibat kelemahan ekonomi yang dialami oleh mereka yang menerima zakat.
- Untuk mendekatkan hubungan dan menghindari kesenjangan sosial antara yang miskin dan yang kaya. (catatan islami)
Untuk maklumat lanjut tentang fungsi PPZWP dan juga MAIWP anda boleh layari laman web :
- Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan : http://www.zakat.com.my
- Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Agihan Zakat) : http://www.maiwp.gov.my/i/index.php/perkhidmatan-kami/agihan-zakat
- Facebook Fanpage PPZ-MAIWP : https://www.facebook.com/myzakat/
- YouTube.com/ppztv
- Pusat Panggilan PPZ-MAIWP (pertanyaan berkenaan pembayaran zakat) talian : 1-300-88-5757
- Facebook Fanpage Baitulmal MAIWP : https://www.facebook.com/baitulmal.wp
- Pusat Panggilan Baitulmal-MAIWP (pertanyaan berkaitan agihan,bantuan,aduan) talian : 1-800-88-5222/ 012-518 3614/ 012-512 7614
xoxo,